Sunday, March 29, 2009

Kecewakan Rini & Obri

Lagu Retro Kecewakan Rini & Obri

Ternyata nasib tidak menyebelahi 2 pelajar iaitu Rini dan Obri apabila kedua-duanya tersingkir dalam konsert minggu ketiga Akademi Fantasia 7 (AF7), di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, sebentar tadi.Obri atau nama sebenarnya Ahmad Sobri Bin Hasmuni, 24, berasal dari Johor Bahru, Johor manakala Zufazrini Zulkifli (Rini), 25, pula anak kelahiran Kajang, Selangor.Penyingkiran diumumkan oleh hos AC Mizal selepas kedua-dua pelajar itu menerima jumlah undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) paling corot daripada penonton program paling popular itu.Obri menyanyikan lagu Abang Beca nyanyian asal Mendiang Broery Marantika dan Rini pula mendendangkan lagu Seloka Cinta Remaja dendangan asal Allahyarham Seha - Freedom. Dengan penyingkiran Rini dan Obri itu, bermakna 11 lagi pelajar akan meneruskan perjuangan meraih gelaran juara AF7.

1 comment:

Unknown said...

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq