Sunday, May 24, 2009

INFO VIRUS 2009

Influenza (H1N1)

· Sejenis penyakit yang di sebabkan oleh virus yang berhasil melalui mutasi gen virus influenza babi, burung dan manusia.
· Kes terawal dilaporkan di Mexico dan Amerika Syarikat (AS) pada April 2009.
· Tanda-tanda awal jangkitan adalah seperti selesema, deman, batuk, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak, muntah-muntah atau cirit-birit.
· Virus ini berjangkit melalui batuk dan bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar dari pesakit akan tersebar ke udara dan seterusnya akan dijangkiti oleh orang di sekeliling melalui pernafasan atau menyentuh permukaan yang telah dicemari dengan titisan cecair yang keluar dari pesakit.

· Langkah-langkah pencegahan ;-

1. Jauhi orang yang tidak sihat, deman atau batuk.
2. Cuci tangan menggunakan sabun atau antiseptik.
3. Elakkan menyentuh mata, mulut dan hidung.
4. Elakkan berada di tempat awam yang sesak.

Meningitis

· Sejenis penyakit yang melibatkan keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang.
· Disebabkan oleh virus atau bakteria Salah satu bakteria penyebab ialah Neisseria Meningitis dan jangkitan oleh bakteria ini dikenali sebagai jangkitan Meningoco Meningitis.
· Kebanyakannya berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi boleh melibatkan pelbagai lapisan umur.
· Penyakit ini berjangkit secara langsung melalui titisan rembesan salur pernafasan dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti.
· Tanda-tanda awal jangkitan termasuklah demam, sakit kepala yang teruk, loya, muntah, ketegangan atau sakit tengkuk, mata sensitif terhadap cahaya, ruam pada badan serta pening dan kebingungan.

Leptospirosis

· Sejenis penyakit yang berpunca daripada bakteria leptospires.
· Bakteria ini banyak terdapat pada haiwan seperti arnab, babi, kuda, anjing dan lain-lain binatang liar.
· Penyakit boleh berjangkit daripada haiwan kepada manusia melalui air, makanan atau tanah yang mengandungi air kencing haiwan yang menpunyai bakteria tersebut.
· Penyakit ini boleh menyebabkan kerosakan system organ dan kematian.
· Sehingga 17 Mei, KKM memaklumkan 1 kes di wad ICU berada dalam keadaan kritikal dan 21 kes lagi masih dirawat di wad isolasi dan berada dalam keadaan stabil.

kalau nak print click link di bawah

http://www.ziddu.com/download/4880064/CopyofINFOvirus.doc.html

No comments: