Friday, May 8, 2009

TIP PILIH PEWANGI SESUAI

TIP PILIH PEWANGI SESUAI
Adakah anda pernah mengalaminya sebelum ini? Selepas membeli sebotol pewangi dan mendapati harumannya berbeza keesokkannya? Atau kemudian anda sedar bahawa pewangi dalam botol yang sama tidak sama harumannya apabila disemburkan pada tubuh anda denga tubuh rakan anda?
Memilih pewangi yang sesuai mungkin boleh jadi sesuatu yang hebat dan juga mengelirukan, terutama apabila berdepan denga pelbagai pewangi berbeza. Bagi memudahkan anda memilih pewangi yang sesuai, sangat penting memahami langkah dan tip membeli pewangi.
Langkah 1.
Hadkan pada tiga jenis haruman setiap kali mencuba pewangi. Ini untuk mengelak dari terjadinya kelemahan rangsangan apabila menghidunya.

Langkah 2
Sembur setiap pewangi pada kepingan kertas khas yang disediakan. Elak menyemburnya pada kertas berdakwat yang mungkin boleh mengubah bau pewangi.

Langkah 3
Selapas menyemburnya, tunggu bebberapa saat untuk mengelak bau alcohol yang pertama.

Langkah 4
Apabila mencuba atau menghidu haruman yang disembur pada pergelangan tangan, elak dari mengosoknya dengan kedua-dua belah pergelangan serta-merta. Jika dilakukan, ia boleh menghasilkan bau yang pelik dan juga mengubah bau pewangi.

Langkah 5
Sekiranya anda mempunya masa,tunggu 5 hingga 10 minit untuk menikmati bau bahagian atas, jadi anda boleh tahu bagaimana bau yang sesuai dengan tubuh anda.