Tuesday, January 20, 2009

SMK TUN SYED SHEH BARAKBAH

SMKTSSB..Time aku Sek Men. dari ting 1 hingga ting. 5...Sek ini banyak kenangan aku...ada kenangan manis, kenangan pahit yang tidak pernah aku lupa kan...di bawah merupakan tentang SMKTSSB....


LOGO SMKTSSB

KEDUDUKAN Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Syed Sheh Barakbah, Sungai Bakap, Nibong Tebal mungkin di kawasan luar bandar tetapi ia sebenarnya sebuah sekolah yang unik.
Selain cantik, bersih dan indah, sekolah ini juga menjadi contoh sebuah sekolah yang mempunyai komposisi pelajar daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang seimbang.


SALAH satu sudut indah yang dihiasi bunga serta kolam berbentuk Pulau Pinang

``Mereka sentiasa menunjukkan semangat dan komitmen yang tinggi walaupun pada masa yang sama mereka terpaksa memberi perhatian kepada pelajaran masing-masing,'' katanya. Keharmonian sekolah ini bukan sahaja dapat dilihat daripada semangat dan kerjasama yang ditunjukkan oleh para pelajarnya yang berbilang keturunan tetapi juga pada persekitaran sekolah yang cukup harmonis - gabungan antara kehijauan tanaman hiasan dengan landskap yang menarik.Sebagai contoh Taman Unggas dan kolam ikan yang didirikan di tengah-tengah dua blok utama bangunan sekolah itu. Persekitaran sekolah ini juga bersih hasil kempen `Sifar Kertas' yang dilaksanakan sejak dua tahun lalu.



TERATAK ungas yang turut mengindahkan

SMK Tun Syed Sheh Barakbah juga menjalin hubungan yang baik dengan agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis serta pihak berkuasa tempatan.Agensi-agensi ini biasanya dijemput memberi ceramah dan penerangan secara berkala berhubung aspek-apek keselamatan diri, keselamatan di tempat belajar serta keselamatan di tempat awam kepada para pelajar, guru dan kakitangan sekolah.

No comments: