Tuesday, January 20, 2009

5,000 rumah musnah di Gaza

" SEORANG budak lelaki mencari barangan yang masih
boleh digunakan di rumahnya yang musnah di Ezbet Abdrabbo, Gaza semalam।"

GAZA – Sebanyak 5,000 buah rumah, 16 bangunan kerajaan dan 20 buah masjid di Genting Gaza musnah manakala sebanyak 20,000 buah rumah lagi rosak akibat serangan tentera Israel di wilayah berkenaan.
Tentera Israel melancarkan serangan di Gaza bermula pada 27 Disember lalu bagi menghentikan serangan roket Palestin selain mendakwa para pejuang Hamas menggunakan masjid sebagai gudang senjata।

Israel dan Hamas mengisytiharkan gencatan senjata kelmarin manakala pergerakan itu juga memberi tempoh seminggu untuk tentera Yahudi berundur dari Gaza.
Sejak gencatan senjata itu berkuat kuasa, pasukan bantuan mula mengeluarkan sejumlah mayat daripada sisa runtuhan bangunan.
Lebih 100 mayat berjaya ditemui dan dikeluarkan di celah-celah runtuhan di Gaza selepas tentera Israel menamatkan operasi ketenteraannya.
“Kami juga berjaya menemui dan mengeluarkan 15 mayat kanak-kanak dan wanita dari celah-celah runtuhan kediaman mereka di beberapa lokasi di Gaza,” kata seorang pemandu ambulans, Abed Sharafi।

"KANAK-KANAK perempuan ini memegang sebuku roti ketika
berlari ke rumahnya di Rafah, Gaza kelmarin।"
daripada kosmo 20।01।2009


No comments: