Tuesday, January 20, 2009

Hamas isytihar menang

" SEORANG ibu duduk dekat rumahnya yang musnah
di kem pelarian Rafah, Gaza semalam।"
BANDAR GAZA – Sayap bersenjata Hamas semalam mendakwa bahawa pergerakan berkenaan hanya kehilangan 48 pejuang sepanjang 22 hari operasi ketenteraan Israel di Genting Gaza.
Pergerakan tersebut juga berikrar untuk meneruskan peperangan sekiranya rejim Zionis enggan mengundurkan tenteranya dari Gaza.
“Seramai 48 pejuang kami telah mati syahid,” kata seorang jurucakap Briged Ezzedine Al-Qassam, Abu Obeida.
Tentera Israel sebelum ini mendakwa berjaya membunuh seramai 500 pejuang Hamas sepanjang operasi ketenteraan yang bermula pada 27 Disember lalu.
Abu Obeida juga mendakwa pihaknya berjaya
membunuh sekurang-kurangnya 80 askar Yahudi tetapi tentera Israel melaporkan hanya 10 askar terkorban.
Pasukan perubatan di Gaza melaporkan seramai 1,300 penduduk Palestin terbunuh dalam operasi itu yang berakhir dengan gencatan senjata kelmarin.
Sementara itu, Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh mengisytiharkan kemenangan dalam pertempuran menentang tentera Israel.
Beliau yang juga pemimpin utama Hamas memberitahu bahawa gencatan senjata yang turut diisytiharkan oleh pergerakan itu sebagai keputusan bijak dan bertanggungjawab.

No comments: