Monday, January 19, 2009

APA ITU CERUN

Cerun
Cerun merupakan suatu permukaan tanah yang terdedah yang membentuk suatu sudut terhadap satah ufuk. Kebiasaannya kegagalan cerun dikaitkan dengan keadaan cerun yang curam tetapi ini adalah tidak benar kerana terdapat banyak kes kegagalan cerun yang berlaku pada cerun yang landai (Dunn et. al, 1980). Keadaan ini menunjukkan bahawa kestabilan sesuatu cerun bergantung kepada banyak faktor selain dari sudut kecondongannya.
Kebanyakan cerun direkabentuk untuk kegunaan-kegunaan tertentu dengan mengenal pasti aspek-aspek keselamatan, ekonomi dan penyenggaraan. Menurut Bromhead (1992), faktor utama terhadap ketidakstabilan cerun adalah disebabkan oleh;
  1. Peningkatan tekanan air liang
  2. Perubahan terhadap sokongan pada kaki cerun samada kerana kerja korekan atau hakisan tanah.
  3. Perubahan pada tanah atau kekuatan ricih tanah
  4. Beban akibat gempa bumi
  5. Beban pada cerun samada kerana pergerakan isipadu pada tambakan atau potong .
Bentuk Kegagalan Cerun

Cerun biasanya akan gagal apabila partikel-partikel tanah tidak mampu untuk melekat dan membina ikatan yang kuat di antara satu sama lain sehingga ia menjadi longgar dan terurai. Kegagalan pula tidak hanya wujud dalam satu keadaan sahaja. Secara umumnya, pelbagai bentuk kegagalan ini wujud disebabkan beberapa faktor yang mempengaruhinya seperti :
  1. Sifat dan jenis tanah cerun Kejelekitan dan kekuatan tanah memainkan peranan yang besar dalam menentukan kegagalan cerun. Bagi tanah yang berjelekit dan gagal, kegagalan lazimnya dalam bentuk putaran. Bagi jenis tanah seperti tanah yang berbahan berbijian kasar, cerun biasanya akan mengalami gelinciran permukaan dan kegagalannya juga adalah kritikal.
  2. Kedudukan tanah yang mempunyai kekuatan tanah yang berbeza. Tanah yang mempunyai strata bahan yang lemah dan kuat, ia berisiko untuk mengalami kegagalan baji.
  3. Arah tindakan beban terhadap cerun.
  4. Agen-agen lain yang bertindak ke atas cerun seperti angina dan cuaca.

No comments: